Search site


Contact

IBU PEJABAT : Kemudi Timur Elektronik Sdn. Bhd.
LOT 432/442 Tingkat 1,WAKAF SIKU,
JLN SULTAN YAHYA PETRA,
15150 KOTA BHARU
KELANTAN.

TEL : 09-7419470/09-7419471
FAX : 09-7439460

E-mail: kemuditimur_elektronik@yahoo.com

Tambahan

  

Pautan Web

Poll

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?

Kalendar

Majlis Berbuka Puasa Di Hotel RiverView

19/08/2010 07:26
  Selamat Datang kepada semua kakitangan Kemudi Timur Elektronik!

Hi-Tea 2010

02/08/2010 17:05
TESTING

Profile Syarikat

 

Latar Belakang Penubuhan Syarikat

 

                Siapa sangka budak lembam yang tidak pernah menjadi harapan ibu bapanya untuk maju dalam pelajaran, tiba-tiba muncul sebagai usahawan Bumiputera yang paling Berjaya.

                Jika dilihat raut wajahnya yang seakan-akan Cina, ramai tidak menjangka budak hingusan itu yang pernah ditertawakan rakan sebayanya kerana “dungu”, kini memiliki empayar perniagaan menjual barangan elektronik terbesar di Kelantan.

                Malah, kehebatannya menerajui empayar itu hingga mampu menubuhkan 10 cawangan, termasuk pusat khidmat jualan dan servis, dalam tempoh singkat iaitu tidak sampai 13 tahun, turut diakui kaum lain.

                Bagi Pengarah Urusan Kumpulan Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd, Encik Shabki Bin Abdullah, beliau tidak pernah berkecil hati, walaupun tahu ibu bapanya tidak menaruh harapan kepadanya untuk berjaya dalam pelajaran.

                Namun, beliau tetap bersyukur kehadrat illahi kerana ibu, Maziah Abdullah dan bapanya, Abdullah Mahmood, memberi pendedahan kepadanya mengenai dunia perniagaan.

                Ketika menceritakan sejarah silamnya, beliau berkata, ketika berusia 7 hingga 12 tahun, setiap hari selepas solat Subuh, beliau menghantar kuih dibuat ibunya ke kedai makan di Kampung Penambang.

                Katanya, walaupun usia masih mentah, beliau menawarkan diri untuk melakukan kerja itu bagi membantu ibu bapanya lantaran kehidupan mereka yang susah.

                “Saya faham, ibu bapa menaruh harapan tinggi kepada abang dan kakak saya yang lain kerana mereka ada kemampuan berjaya di bidang pelajaran. Namun, saya tidak salahkan ibu dan ayah kerana mereka masih memberi tunjuk ajar dalam bidang perniagaan,” kata anak keempat daripada lapan beradik itu.

                Beliau juga sering mengikuti ayahnya membonceng basikal pergi menjaja pakaian “bundle” dan kain batik di sekitar Kota Bharu, selain dapat menimba selok-belok perniagaan. Katanya, sebaik keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) diumumkan, dia mengambil keputusan berhenti sekolah kerana sedar bebanan ibu bapanya semakin bertambah sebaik abang dan kakaknya memasuki universiti.

                “Saya bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan RM3 sehari, namun tidak cukup untuk membantu keluarga sebelum bekerja di kilang papan Jerantut, Pahang ketika berusia 18 tahun. Ketika itu, ibu jari kanan saya terputus terkena pisau pemotong kayu tetapi ia langsung tidak melemahkan semangat”. Katanya yang berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1991 sebelum bekerja sebagai tukang sapu di kedai menjual barang elektrik, Baba’s Enterprise di Taman Greenwood.

                Beliau berkata, pengurus kedai, Cheng Ngi Koi banyak memberi tunjuk ajar, termasuk mengajarnya bahasa Hokkien, Mandarin dan Kantonis. Selain memberi pendedahan mengenai cara membaiki barangan elektrik. “Tidak semena-mena, minat saya terhadap barangan elektrik mulai berputik sebelum nekad mempelajari dengan lebih dekat, termasuk membeli buku sebagai bahan rujukan”.

                “Melihat saya “bersemangat” dan mampu melakukan kerja itu, Cheng menaikkan gaji dan pangkat saya daripada tukang sapu menjadi penyelia,” katanya yang lebih selesa dikenali sebagai Aki.

                Enam tahun kemudian, Cheng Ngi Hin yang mengambil alih operasi syarikat abangnya (Ngi Koi) berhasrat menyerahkan Baba’s Enterprise kepadanya.

                Katanya, tawaran itu dianggap peluang keemasan tetapi dia “terduduk” kerana tidak mampu menyediakan RM 200 000 sebagai bayaran kepada Ngi Hin. “Ketika itu saya baru berkahwin dengan zawiah tetapi nasib baik dia (isteri) sanggup menggadaikan semua barang kemas miliknya, selain meminta bantuan kewangan daripada keluarga, bagi mencukupkan jumlah wang terbabit.

                “Pada tahun 1997, dengan rasmi Kemudi Timur Enterprise (KTE) ditubuhkan dan sambutan diberi penduduk sekitar Gombak serta kawasan berhampiran sangat menggalakkan,” katanya yang membuka cawangan kedua di Kota Bharu pada tahun 1999.

                Beliau berkata, dirinya pernah dikecam beberapa kenalan kerana berani menjalankan perniagaan ketika negara dilanda kegawatan ekonomi pada tahun itu. Katanya, mereka mengibaratkan dirinya menempah lubang kubur kerana perniagaan itu boleh lingkup bila-bila masa.

                “Saya tidak peduli apa yang mereka kata atau kutuk, asalkan niat saya ikhlas dan percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t.”

                “Berkat kesabaran dan sokongan keluarga, saya menempuh halangan itu tanpa masalah”, katanya yang memiliki lapan cawangan, termasuk satu halangan itu tanpa masalah"ercaya segala yang berlaku adalah ketentuan All  gudang serta pusat khidmat jualan dan servis di Kota Bharu, selain dua di Kuala Lumpur.

                Pada tahun 2002, Kemudi Timur Enterprise ditukar nama kepada Syarikat Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd (KTESB) bagi memperhebatkan lagi operasi jualan. Selepas itu, KTESB semakin mendapat pengiktirafan daripada beberapa syarikat gergasi elektronik seperti Toshiba, Philips, Panasonic, Khind, Samsung, JVC dan Pensonic.

                Ramai Pengarah Urusan seperti Masaru Sihauchi dari Toshiba, Jepun, mengagumi keupayaan Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd dalam mempromosikan jualan barangan elektrik keluaran syarikat mereka hingga jualan dikatakan meningkat secara mendadak.

                “Dalam Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd, kami menekankan aspek khidmat selepas jualan, selain memberi penerangan kepada pelanggan mengenai barangan elektrik yang hendak dibeli.

                “Kita tidak suka menipu pelanggan, Di kemudi Timur Elektronik sdn Bhd, kita tidak menjual barang elektrik yang tidak berjenama kerana mudah rosak serta tidak berkualiti”, katanya yang memilik aset bernilai kira-kira RM 3 juta.

 

 

Sejarah Syarikat

                Syarikat Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd telah diperbadankan sebagai sebuah Syarikat Sendirian Berhad di bawah Akta Syarikat 1965 pada dan mulai 16hb September 2002. Syarikat ini di asaskan oleh Encik Shabki Bin Abdullah pada tahun 1997 dengan modal sebanyak RM 50 000.00 bertempat di Taman Greenwood, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Di awal pembukaannya, ia dikenali dengan nama Kemudi Timur Enterprise dengan nombor pendaftaran perniagaan 00 1130201 H jenis milikan tunggal. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang membekal serta menjual semua jenis barangan elektrik dan elektronik.

 

                Oleh kerana permintaan dan sambutan yang diterima daripada pasaran amat menggalakkan, pada tahun 1999, Encik Shabki Bin Abdullah telah membuka cawangannya yang kedua bertempat di alamat No. 2864-C Jalan Sultanah Zainah, 15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

 

                Berkat kesabaran dan sokongan keluarga yang di terima oleh Encik Shabki Bin Abdullah, pada tahun 2002, Kemudi Timur Enterprise ditukar nama kepada Syarikat Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd bagi memperhebatkan lagi operasi jualan. Meskipun begitu, ianya masih belum beroperasi sepenuhnya sehingga cawangan seterusnya dibuka bertempat di Wakaf Siku dan pada masa inilah ianya mula beroperasi hingga ke hari ini.

 

                Pada pertengahan bulan Mei 2003, pihak syarikat telah membuka Warehouse (Gedung) bertempat di alamat Lot 3462, A/B Jalan Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Tindakan ini diambil bagi menampung keperluan permintaan terhadap barangan elektrik dipasaran semasa yang tinggi.

 

                Cawangan keempat telah dibuka pada bulan April 2004 di alamat Nombor 928, Wisma Pondok, Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim diikuti cawangan yang kelima bertempat di alamat Tingkat Bawah, Batu 13/4 Jalan Pengkalan Chepa, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim pada bulan Ogos tahun yang sama.

 

                Pada bulan Oktober 2005, cawangan keenam ditubuhkan bertempat di alamat Lot PT 181 & 182, Kedai Ketereh, 16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim manakala pada bulan Jun 2007 cawangan ketujuh telah ditubuhkan di alamat PT 2950 Desa SBJ Putra, Tingkat Bawah, 16160 Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

 

                Manakala cawangan kelapan pula ditubuhkan pada bulan Ogos 2007 di alamat 1028 & 1029 Tingkat Bawah, Jalan Samudera Utama, Taman Samudera, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Pada Julai 2009, cawangan kesembilan di tubuhkan di alamat PT 1677 & PT 1678, Tingkat Bawah, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

 

                Pada tahun 2010, cawangan kesepuluh telah ditubuhkan di alamat S/16, Lot 946, Tingkat Bawah KB Mall, 15150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

 

                Syarikat Kemudi Timur Elektronik merupakan syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh pemegang saham Bumiputera. Syarikat ini mempunyai 68 orang kakitangan dimana 17 orang daripadanya merupakan kakitangan yang berkhidmat di Ibu Pejabat beralamat Lot 432/443, Tingkat 1, Wakaf Siku, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

 

                Misi syarikat ini ialah untuk memperluaskan pasaran perniagaan disamping untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan bumiputera selain untuk memenuhi permintaan masyarakat terhadap barangan elektrik di pasaran.

 

                Penubuhan cawangan adalah untuk memantapkan lagi perniagaan dan memudahkan pengagihan barangan serta berpeluang untuk mendapatkan kontrak dan membina skop pasaran kerja yang lebih luas dari sekarang. Syarikat Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd berharap dapat memperluaskan perniagaannya di rantau Asia.